fb fb fb fb fb

OKT mati mengejut akibat paru-paru berair

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan kematian Orang Kena Tahan, OKT di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini disebabkan paru-paru berair.

Lelaki tempatan berusia 37 tahun terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengarahnya, Datuk Azri Ahmad menerusi kenyataan menjelaskan ia susulan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru.

"Pihaknya akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut", Kata Datuk Azri.

Semalam, JIPS dilaporkan menerima laporan seorang OKT meninggal dunia pada pukul 4.35 petang.

OKT tersebut ditahan bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan direman empat hari.

Media Baharu