fb fb fb fb fb

Bekas Exco Negeri Pulau Pinang, Datuk Danny Law Heng Kiang umum keluar parti DAP

GEORGE TOWN, 19 Januari - Bekas Exco Negeri Pulau Pinang, Datuk Danny Law Heng Kiang umum keluar parti DAP.

Datuk Law, 61 tahun membuat keputusan mencari hala tuju baharu selepas menganggotai DAP selama 35 tahun.

DAP Pulau Pinang hari ini menerima surat keluar parti daripada bekas exco negeri berkenaan.

Mengenai spekulasi kemungkinan beliau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang perpangkalan di Sabah, Datuk Law berkata, biar masa yang menentukan.

Pada Pilihan raya umum 2008, Law menang dalam pertandingan di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Lancang, Pulau Pinang dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Media Baharu