fb fb fb fb fb

Pembangunan Wilayah Persekutuan diperinci semula agar lebih bermanfaat kepada warga kota

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Program pembangunan di Wilayah Persekutuan, khususnya di Kuala Lumpur akan diperinci semula.

Ia bagi memastikan pelaksanaan yang lebih menyeluruh dan memberi manfaat yang lebih besar kepada warga kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan, penduduk Wilayah Persekutuan akan menikmati proses pembangunan infrastruktur seiring pembangunan lestari berteras konsep hijau.

"Polisinya ialah bandaraya akan meneruskan usaha untuk mengekalkan kawasan lapang, menambah kawasan lapang, menambah tanaman pokok 1 juta dan dalam masa yang sama pembangunan mesti diteruskan."

"Kita tak boleh melihat pembangunan itu mesti diberhentikan. Pembangunan akan diteruskan. Inilah kehidupan kota yang harus berterusan. Jadi, warga kota akan menikmati kehidupan yang lebih baik di masa akan datang," ujar beliau ketika ditemui selepas meninjau dan mendengar taklimat projek naik taraf serta pelebaran jalan masuk di hadapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Anggerik, Jalan Klang Lama oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media Baharu