fb fb fb fb fb

Banjir di Johor pulih sepenuhnya, PPS terakhir telah ditutup

JOHOR BAHRU, 19 Januari - Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Agama Gemereh di Segamat ditutup siang tadi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, PPS berkenaan menempatkan 37 penduduk dari Kampung Kebangsaan Gemereh.

Semua penduduk daripada lapan keluarga itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan benar-benar selamat.

PPS itu menjadi PPS terakhir ditutup di Johor, sejak beroperasi 9 Januari lalu selepas keadaan banjir semakin buruk.

Media Baharu