fb fb fb fb fb

Sukan tinju jadi platform bentuk kendiri dan disiplin belia

FOTO RTM

GEORGETOWN, 16 Disember- Sukan tinju mampu menjadi platform kepada golongan belia daripada terlibat dengan gejala negatif.

Timbalan Presiden Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang, Dr A.Prassaad berkata, Ini kerana sukan tinju akan membimbing kendiri dan disiplin setiap ahli yang terlibat.

"Kita mendapat banyak penyertaan daripada remaja.

"Jadi, kita memupuk minat mereka meenerusi sukan tinju daripada mereka terlibat daripada kegiatan tidak berfaedah seperti jenayah atau lain-lain", katanya yang ditemui pemberita selepas Kejohanan Tinju Antarabangsa 2023 yang diadakan di Pesta Pulau Pinang di sini.

Seramai 120 petinju menyertai saingan yang memasuki edisi ke-34 itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD