fb fb fb fb fb

Pesta Bola Ngoca angkat Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan

FOTO BERNAMA

KUALA PILAH, 16 Disember - Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan Pesta Bola Ngoca 2023 yang berlangsung di Stadium Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah selama dua hari bermula hari ini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, penganjuran yang memasuki tahun ketiga itu merupakan mercu tanda kepada pembangunan Kuala Pilah dalam menjadikan daerah berkenaan sebagai Perbandaran menjelang 2035.

"Saya yakin inilah satu trademark (mercu tanda) dan mengangkat Kuala Pilah itu sendiri sebagai satu destinasi tahunan.

"Penyertaan dari negeri luar amat mengagumkan kita", kata Aminuddin yang ditemui selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca 2023 di Stadium Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi di sini

Sebanyak 176 pasukan dari seluruh negara dan dua pasukan antarabangsa iaitu dari Zambia dan Vietnam menyertai acara tahunan itu.

Pelbagai acara turut dilaksanakan antaranya pertandingan bola sepak sawah, basikal titi, pukul bantal dan menangkap itik.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD