Suami isteri antara tiga maut dalam kemalangan di Kota Tinggi

Kemalangan maut di Kilometer 31.2 Jalan Kota Tinggi – Kluang, Johor

KOTA TINGGI, 14 September – Sepasang suami isteri antara tiga yang maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 31.2 Jalan Kota Tinggi – Kluang, Johor, pukul 6.20 petang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • SUV terbabas masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta kompak.
  • Penumpang belakang SUV dan penumpang hadapan kereta kompak maut di tempat kejadian; pemandu kereta kompak meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.
  • Mayat dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu lelaki berusia 42 tahun bersama dua penumpang lelaki berusia 58 tahun, terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta kompak yang dinaiki sepasang suami isteri.

Mangsa yang merupakan penumpang belakang SUV dan penumpang hadapan kereta kompak, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Suaminya yang merupakan pemandu kereta kompak pula meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Mayat kesemua mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan. Manakala, pemandu dan penumpang hadapan SUV mengalami kecederaan dan masih mendapatkan rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.