fb fb fb fb fb

STPM 2024: Perlis catat keputusan cemerlang, 20 pelajar capai PNGK 4.00

Foto RTM

KANGAR, 24 Jun- Pencapaian Gred Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Perlis dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berada pada paras terbaik selepas mencatatkan gred 2.87, meningkat 0.02 mata berbanding 2023 iaitu 2.85, sekali gus mengatasi PNGK Kebangsaan yang mencatatkan 2.85 mata.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan, Ahmad Sabri Mohamad berkata, Perlis juga mencatat 98.78 peratus calon lulus penuh dalam peperiksaan berkenaan dengan 20 pelajar cemerlang mencapai 4.00 PNGK berbanding 16 orang pada STPM 2023.

Enam buah sekolah turut mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah iaitu SMK Agama Perempuan Kangar, SMK Syed Alwi, SMK Derma, SMK Tengku Suleiman, SMK Agama Arau dan SMK Syed Hassan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengumumkan keputusan STPM 2024 bagi negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi.

Pada tahun 2023, seramai 411 calon menduduki peperiksaan STPM daripada keseluruhan 422 yang mendaftar.

Perlis turut mencipta sejarah berikutan tiada calon gagal dalam STPM bagi tempoh 5 tahun berturut-turut.

SITI NOORAIN ABDULLAH