KUALA LUMPUR, 25 September -Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan Mac 2026 susut 1.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,593.0 dan 1,563.5.
Sementara itu, kontrak Oktober 2025 turun 0.5 mata kepada 1,589.5 dan Disember 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,583.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 59,487 lot daripada 24,002 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106,544 kontrak daripada 64,711.
FBM KLCI susut 1.19 mata untuk ditutup kepada 1,598.47, daripada paras penutup 1,599.66 pada Rabu. - BERNAMA