MELAKA, 24 Jun- Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di negeri ini mencatatkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dengan catatan 0.07 mata kepada 2.88, berbanding 2.81 tahun lalu.
Sekali gus menjadi PNGK terbaik dalam tempoh lima tahun bermula pada 2020.
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, seramai 37 atau 3.33 peratus calon mendapat PNGK 4.00.
Iaitu peningkatan sebanyak 14 calon berbanding 21 calon mendapat keputusan sama pada 2023.
Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.00 dan ke atas ialah 526 calon atau, 47.3 peratus berbanding tahun 2023 dengan hanya 41.2 peratus atau 445 calon.