
PUTRAJAYA, 20 April – Stok simpanan beras negara ditambah kepada 300,000 tan metrik sebagai persediaan awal menghadapi gangguan bekalan susulan krisis tenaga global.
RINGKASAN BERITA AI
- Langkah diambil untuk memastikan rakyat terus menikmati bekalan beras yang mencukupi dan terjamin.
- Menjaga keterjaminan makanan negara agar sentiasa kukuh dalam menghadapi gangguan bekalan.
- Pelaksanaan pemantauan menyeluruh serta seruan kepada rakyat supaya mengelak pembaziran beras.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, langkah itu penting agar rakyat dapat terus menikmati bekalan yang mencukupi dan terjamin.
Pada masa sama, memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa kukuh.
“Pelbagai usaha termasuk pemantauan menyeluruh terus dilaksana bagi memastikan keperluan asas rakyat kekal terpelihara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar mengelak pembaziran beras sepanjang tempoh krisis berkenaan.