fb fb fb fb fb

STIE Keluarga Malaysia Langkawi bantu golongan ibu tunggal jana pendapatan

LANGKAWI, 8 Ogos- Komuniti luar bandar khususnya ibu tunggal di Langkawi kini dapat memanfaatkan nilai Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) dalam melatih dan membangunkan projek berasaskan jahitan.

Sebagai permulaan, pendedahan diberikan merangkumi asas menjahit pelbagai produk seperti beg sekolah, beg tangan dan beg duit menggunakan pakaian jeans terpakai.

Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, inovasi kementeriannya menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu antara lain mengangkat hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara hijau di samping menjadikannya sebuah perusahaan sosial yang berjaya.

"Contoh di Langkawi, uniknya ialah kita membantu ada yang dipanggil SURI persatuan ibutunggal yang mana kita menyediakan mereka dengan pengetahuan dan ilmu bagaimana untuk mengembangkan bakat sedia ada ataupun yang belum ada untuk menggunakan sepenuhnya bahan yang digunakan dalam kawasan ini untuk dijadikan produk yang boleh dijual,"katanya.

STIE Keluarga Malaysia Langkawi turut menggabungkan elemen bengkel mesin, kraftangan, multimedia dan studio dibuka kepada pelajar dan komuniti setempat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Langkawi.

Ia merupakan STIE yang keenam ditubuhkan di Malaysia dan MOSTI menyasarkan dua lagi STIE seumpama itu akan duwujudkan sehingga akhir 2022.


(Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba)

Media Baharu