fb fb fb fb fb

Stesen Radio Suara Malaysia Tagalog ditamatkan siaran 30 April ini

KUALA LUMPUR, 27 April - Stesen Radio Suara Malaysia - Tagalog yang memulakan operasinya pada 1 Oktober 1973 akan ditamatkan siarannya tepat 9.30 malam pada 30 haribulan ini.

Cadangan penutupan dibuat selepas mengambil kira beberapa justifikasi seperti keberkesanan sebagai platform penyampaian maklumat yang tidak lagi tercapai kerana jumlah pendengar yang tidak memberangsangkan serta tidak mencapai objektif asal penubuhan. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Penamatan perkhidmatan Stesen Suara Malaysia – Tagalog diperoleh hasil keputusan Jemaah Menteri pada 4 Mac lalu.

"Dan sekarang ini, tinjauan telah dibuat didapati saluran itu tidak lagi efektif, langganannya atau jumlah pendengar telah turun dengan banyak, dan siaran FM yang ada di Sabah juga sudah memadai.

"Kementerian telah membentangkan kertas kepada jemaah menteri untuk mendapatkan kelulusan supaya saluran itu dapat ditutup seperti ketika saluran itu dibuka pada suatu ketika dahulu juga dengan kebenaran jemaah menteri, katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar bersama RTM dan FINAS di Angkasapuri pada Isnin.
(Stesen RTM Sabah/FOTO FB Sabahfm)

Stesen itu diwujudkan bertujuan menyampaikan dasar kerajaan Malaysia, menyiarkan rancangan yang mengeratkan persahabatan antara Malaysia- Filipina dan menyiarkan rancangan yang memperkenalkan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.

Stesen tersebut bersiaran selama dua jam bermula pukul 7.30 malam hingga 9.30 malam.

Penamatan perkhidmatan siaran dijangka memberi penjimatan kepada perbelanjaan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah dan seterusnya membolehkan sumber difokuskan kepada usaha penambahbaikan terhadap perkhidmatan lain.

Media Baharu