fb fb fb fb fb

SST, penjelasan dibuat dalam masa terdekat

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Jun - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan memberi penjelasan lebih lanjut berhubung pelaksanaan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan perkara tersebut akan dibuat melalui sidang media atau kenyataan rasmi.

Katanya, kerajaan mengambil serius terhadap maklum balas berhubung semakan percukaian yang bakal dilaksanakan itu.

"Umum sedia maklum, melalui hasil ini akan disalurkan untuk pembinaan contohnya sekolah dan hospital," katanya dalam sidang media mingguan di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan akan melaksanakan semakan semula SST secara bersasar selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lepas.

Langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian, tanpa membebankan rakyat terbanyak.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI