fb fb fb fb fb

Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 berkuat kuasa dalam masa terdekat

Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA, 18 Jun - Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dijangka berkuat kuasa dalam masa terdekat selepas beberapa proses penting yang berkaitan dimuktamadkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sedang menunggu draf berhubung akta berkenaan mengenai beberapa peraturan yang akan digunapakai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Setelah draf tersebut disiapkan, saya menandatangani perwartaan dan ia akan berkuat kuasa.

"Sebuah jawatankuasa akan dibentuk oleh menteri undang-undang dan ia akan mempunyai kuasa kawal selia terhadap pelaksanaan akta tersebut contohnya mengenai takrifan apa yang dimaksudkan dengan kemudaratan dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, undang-undang itu akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja Menteri Komunikasi menandatangani perintah penguatkuasaan sekali gus membolehkan kerajaan bertindak segera untuk menurunkan kandungan menyalahi undang-undang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE