fb fb fb fb fb

SPRM tahan seorang lagi pegawai kanan disyaki terima rasuah di Kedah

ALOR SETAR, 1 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi suspek di Kedah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta 'runner' sebagai balasan melindungi serta tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 bagi tempoh antara tahun 2015 hingga 2022.

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai bertugas sebagai pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan di Langkawi ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM, Kedah semalam.

Penahanan suspek dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Tunda menjadikan jumlah tangkapan membabitkan penjawat awam kepada enam orang manakala selebihnya lima orang awam.

Semalam, SPRM menahan reman 10 individu termasuk seorang wanita terdiri daripada lima penjawat awam dan lima orang awam berusia antara 26 hingga 57 tahun bagi membantu siasatan.


(Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk permohonan reman)

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini untuk permohonan reman.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 5 Mac ini terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, DatuK Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Media Baharu