fb fb fb fb fb

Kereta dihanyut arus deras, pekerja kilang korban pertama banjir di Johor

KLUANG, 1 Mac- Seorang pekerja kilang kelapa sawit menjadi korban pertama banjir di Johor selepas dibawa arus deras di Jalan GSA, Chamek, Palo Kluang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa K.Sarathkumar, 20 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keretanya dipercayai lemas, kira-kira 12.20 tengahari tadi.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilang Kelapa Sawit Kekayaan, Paloh sebelum kenderaan dibawa arus banjir.

"Kami menerima laporan pukul 7.20 pagi dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilancarkan.

"Pada kira-kira 12.20 tengah hari pasukan mencari menemukan Toyota Avanza yang ditenggelami banjir," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.


(Usaha mencari dan menyelamat K. Sarathkumar oleh pihak bomba dilakukan di Jalan GSA Chamek, Kluang)

Media Baharu