fb fb fb fb fb

Kompleks CIQ di Sabah dan Sarawak ditambah baik, perkukuh keselamatan sempadan - Rafizi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Penambahbaikan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sepanjang sempadan utama antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan akan dilaksana.

Ini mengambil kira keperluan pembangunan sempadan sebagai persediaan jalinan perniagaan dan pelaburan yang bakal memberi limpahan pertumbuhan ekonomi kepada Malaysia-Indonesia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kerajaan turut menitikberatkan pengukuhan keselamatan sempadan dan akan menambah jumlah pos kawalan keselamatan di kawasan berkaitan.

(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)

"Untuk pos-pos keselamatan yang akan dinaik taraf ialah di pos PGA Pagalungan dengan kos RM4 juta kemudian di pos Keselamatan di Pulau Sebatik dengan anggran kos berjumlah RM5 juta dan kita akan membina 27 pad pendaratan, ini untuk infrastruktur keselamatan dengan anggaran kos RM8.25 juta yang akan dimuktamadkan," katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Dewan Rakyat.

Tambah Rafizi, setakat ini peruntukan pembinaan CIQ di Serudung telah diluluskan dan akan dilaksana dengan kos RM819 juta.

Media Baharu