fb fb fb fb fb

1,631 aduan kandungan lucah, paling banyak diterima MCMC

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 1,631 aduan melibatkan kandungan lucah daripada 2, 825 aduan dari tahun 2009 hingga 28 Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Katanya, sebanyak 46 kes daripada 115 kes telah didakwa di mahkamah bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) melibatkan kandungan lucah.

Selain kandungan lucah, tambahnya, MCMC dalam tempoh sama juga menerima dan menyiasat 574 aduan mengenai kandungan palsu, 546 aduan kandungan jelik, 67 aduan kandungan mengancam serta tujuh aduan kandungan sumbang.

Daripada aduan yang diterima itu, beliau berkata, sebanyak 108 kes masih dalam siasatan, 115 kes didakwa di mahkamah dan 40 kes dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM138,250.

"Sebanyak 84 kes telah dikeluarkan notis amaran, manakala 2, 478 kes berstatus Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action – NFA) dan/atau Tiada Kesalahan Dizahirkan (No Offense Disclosed – NOD

"Kes-kes diklasifikasikan sebagai NFA/NOD adalah disebabkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disiasat bawah Seksyen 233 Akta 588," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Manakala, daripada 115 kes yang telah didakwa di mahkamah sebanyak 45 kes melibatkan kandungan jelik, kandungan palsu (18), kandungan sumbang (tiga) dan kandungan mengancam (tiga).

Katanya lagi daripada 108 kes yang telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda nilai keseluruhan berjumlah RM1.04 juta, manakala tujuh lagi sedang dalam proses perbicaraan.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai statistik bilangan individu yang disiasat, didakwa dan disabitkan bawah Seksyen 233(1) Akta 588 membabitkan hantaran dalam talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya, sejak 2009 hingga kini mengikut tahun dan jenis hantaran.







Media Baharu