fb fb fb fb fb

Kerajaan rangka Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga, kawal tenaga elektrik

(Majlis Pelancaran Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 1 Mac- Kerajaan dalam proses mengadakan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga bagi mengawal penggunaan tenaga elektrik ke tahap yang lebih mampan.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha itu sedang dalam kajian di peringkat kementerian.

"Kita tengok contoh negara Britain, permintaan tenaga di sana telah menurun secara konsisten selama dua puluh tahun, seterusnya alat-alat menjadi lebih cekap menggunakan tenaga jadi kita tak payah nak bina lebih banyak loji jana kuasa sebab itu melibatkan kos yang besar,"katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di Putrajaya.

Jelas Nik Nazmi MELP memberi fokus kepada kesedaran penggunaan tenaga supaya rakyat dan pengguna menjadi lebih celik dan cakna mengenainya.

Program itu akan melibatkan pihak berkepentingan selain kerajaan dan kementerian, badan kawal selia, ahli parlimen, pengaruh utama, rakyat dan media.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad ditemui
media selepas Majlis Pelancaran Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di Putrajaya)

Media Baharu