fb fb fb fb fb

Penyenggaraan PL Tun Sharifah Rodziah sedang dilaksana - Adly

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) di perairan Lahad Datu, Sabah terus berperanan dalam aspek cegah rintang, menyediakan sokongan logistik dan mengumpul maklumat risikan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan penyenggaraan pasang pulih serta menempatkan aset untuk tujuan operasi.

(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari)

"Kalau kita lihat antara aset yang ada di pengkalan laut ini adalah pengoperasian kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan juga di pengkalan ini diletakkan juga radar dan disamping itu apa yang kita sebut sebagai Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dan juga Peranti Electro Optik dimana di pangkalan ini juga kita boleh membuat cerapan secara optik samaada pada waktu siang atau pada waktu malam," kata Adly ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

Tambah Adly, PLTSR turut dilengkapi aset persenjataan dan beberapa bot bagi melaksanakan tugas operasi rondaan.

"Pangkalan yang diambil alih daripada bekas pelantar minyak ini telah mencatat 59 pintasan pencerobohan dan 32 tangkapan sejak tahun 2015," katanya.

Media Baharu