fb fb fb fb fb

Mayat nelayan bot karam ditemukan terapung

(FOTO FB Bomba Kuala Perlis)

KUALA PERLIS, 1 Mac- Mayat lelaki dipercayai nelayan dalam insiden bot karam petang semalam, ditemukan terapung oleh orang ramai di kawasan muara Sungai Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Amin Rahim, 28, ditemukan kira-kira 7.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dijumpai melainkan kesan darah yang keluar dari hidung dan telinga mangsa.

“Bot yang dibawa oleh mangsa juga tidak mengalami kerosakan cuma bot nelayan yang dilanggar oleh bot mangsa sahaja mengalami sedikit kerosakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan pada 9 pagi tadi.

Yusharifuddin berkata semalam polis menerima aduan bot karam daripada orang ramai kira-kira 3.34 petang.

Katanya hasil temu bual dengan saksi kejadian, bot mangsa terlanggar bot nelayan lain dan terkena libasan batang pemegang kemudi, menyebabkan bot mangsa berpusing-pusing dan karam. Mangsa turut tenggelam.-BERNAMA


(FOTO FB Bomba Kuala Perlis)

Media Baharu