fb fb fb fb fb

Penubuhan universiti baharu di Pantai Timur Sabah perlu penelitian spektrum - Yusof

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baharu di Pantai Timur Sabah memerlukan penelitian spektrum dan pelbagai.

Ini merangkumi prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan serta risiko pertindihan dan ketidakpadanan program sedia ada.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata ia juga perlu mengambil kira keperluan pelajar dan masyarakat selain kecukupan tenaga pakar serta keupayaan institusi itu menyediakan prasarana dengan baik.

(Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal)

"Sekiranya dapat dicadangkan kepada kerajaan negeri agar diwujudkan sebuah institusi swasta cawangan luar negara di Sabah sepertimana yang ada di Sarawak.

"Jiran kita ini telah berjaya dalam melahirkan lebih ramai pelajar Sarawak yang belajar di bumi dan tanah air sendiri," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui di Dewan Rakyat.

Tambah Yusof, ketika ini Sabah mempunyai dua Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Kota Kinabalu dan Tawau.

Media Baharu