fb fb fb fb fb

PM tiba di Filipina sempena lawatan kerja selama dua hari

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Filipina sempena lawatan kerja selama
dua hari)

MANILA, 1 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Filipina sempena lawatan kerja selama dua hari.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Villamor Airbase, sebuah pangkalan udara di Manila pada pukul 12.50 petang.

Anwar yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict.

Hadir sama Mohd Fareed Zakaria dari Kedutaan Malaysia di Manila termasuk pegawai kerajaan Filipina.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Filipina sempena lawatan kerja selama
dua hari)

Bagi pihak Filipina, ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Setiausaha Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, Rexlon T.Gatchalian yang juga Setiausaha Kabinet, Timbalan Setiausaha Eksekutif, Bianca Cristina Cardenas Zobel, Duta Besar Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose dan Wakil Lone District of Pasay City, Antonio G.Calixto.

Anwar juga turut memeriksa barisan kehormat Foyer Honors Tentera Udara Fillipina sebelum bergerak menaiki kenderaan ke hotel.

Beliau akan memulakan lawatan rasmi pada hari ini dengan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. di Malacanang.

Perdana Menteri juga dijangka akan mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama Marcos Jr. sebelum sidang media bersama akan diadakan di lokasi sama.

Media Baharu