fb fb fb fb fb

SPRM kesan Mona Lisa, Mohd Rizwan bantu siasatan kes

PUTRAJAYA, 14 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu masing-masing seorang perempuan dan lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.

Individu pertama, Mona Lisa Ismail, 45, mempunyai alamat terakhir di No. 20, Lot 2589, Jalan Lapangan Terbang, 93250 Kuching, Sarawak.

Manakala individu kedua, Mohd Rizwan M Ismail, 30, beralamat terakhir Kampung Bawang, Peti Surat 75, 89257 Tamparuli, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Bin Azman di talian 082-467701 atau 018-5714510 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Media Baharu