fb fb fb fb fb

266 sekolah agama swasta di Johor belum berdaftar

JOHOR BAHRU, 14 September- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan sebanyak 266 buah sekolah agama swasta di sekitar negeri itu masih belum berdaftar dan diluluskan penubuhannya.

Daripada jumlah itu 31 ialah sekolah tahfiz, 12 pondok agama, 10 sekolah rendah Islam dan 213 prasekolah. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata JAINJ sedang berusaha memberi pendedahan tentang kewajipan mendaftar kepada institusi pendidikan peringkat prasekolah mengikut Peruntukan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama 1991. 

"Antara keperluan kita mendaftarkan sekolah-sekolah agama bawah enakmen tersebut adalah bagi memastikan keselamatan dan juga persiapsiagaan sekolah bagi menyedikan pendidikan yang sempurna. Ia juga meliputi status hak milik tanah, perakuan daripada Jabatan Kesihatan, perakuan daripada Jabatan Bomba dan perakuan daripada PDRM," katanya kepada media di sini.

JAINJ juga akan terus memantau dan membantu sekolah tahfiz yang mempunyai kekangan dalam mendapatkan kelulusan pendaftaran daripada pelbagai pihak.

Setakat ini, 37 sekolah agama dalam proses mendapatkan pendaftaran dan melengkapkan dokumen.

215 buah sekolah lain telah sempurna pendaftarannya.

(Mohd Fared berkata daripada jumlah itu 31 ialah sekolah tahfiz, 12 pondok agama, 10 sekolah
rendah Islam dan 213 prasekolah)

Media Baharu