fb fb fb fb fb

Penjaja, peniaga di Melaka diwajibkan mencarum SKSPS

AYER KEROH, 14 September- Bermula Disember ini, semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata dengan caruman serendah RM3.88 sen sebulan, skim itu memberi perlindungan jangka panjang kepada golongan penjaja sekiranya mereka terbabit dalam bencana kerja.

Caruman berkenaan perlu dibuat sekiranya ingin memohon atau memperbaharu lesen perniagaan menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin.

"Jadi kita minta pihak PBT kepada penjaja-penjaja yang hendak minta lesen baru ataupun mahu memperbaharu lesen mewajibkan mereka mencarum PERKESO untuk diri mereka sendiri.

"Itu adalah satu cadangan dan juga arahan kepada pihak PBT agar melestarikan rakyat yang hendak berniaga sendiri dapat kita teruskan”,"kata Ab Rauf kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

(Datuk Seri Ab Rauf berkata dengan caruman serendah RM3.88 sen sebulan, skim itu memberi
perlindungan jangka panjang kepada golongan penjaja sekiranya terbabit dalam bencana kerja)

Media Baharu