fb fb fb fb fb

SPRM kesan Brady Nanda bagi pengurusan kes mahkamah

PUTRAJAYA, 14 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki bagi pengurusan kes mahkamah.

Individu tersebut, Brady Anak Nanda, 36, mempunyai alamat terakhir di No. 35, Kampung Biawak, 94500 Lundu, Sarawak.

Brady telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Kuching, Sarawak bagi tujuan sebutan kes yang telah ditetapkan dan status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Bin Azman di talian 082-467701 atau 018-5714510 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Media Baharu