SPR nafi cadangan tambah kerusi Parlimen di Sarawak

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus

KUALA LUMPUR, 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan kononnya terdapat cadangan menambah jumlah bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan yang memetik 'Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak' tidak tepat.
  • Tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak pada masa ini.
  • SPR menolak kaitan dakwaan pertambahan kerusi dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Hanya Syor KSP Negeri Sarawak Ke-7 dipamerkan kepada orang ramai, 1-30 September 2026.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan hari ini, laporan yang memetik ‘Dokumen cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak’ adalah tidak tepat.

“SPR, tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya Parlimen di Sarawak ketika ini, termasuk mana-mana bahagian pilihan raya seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan yang dikaitkan dengan perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sebaliknya, SPR menjelaskan hanya Syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Negeri Sarawak Ke-7 telah disediakan dan kini dipamerkan secara rasmi kepada orang ramai mulai 1 hingga 30 September 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, SPR menyeru pihak media supaya merujuk maklumat berkaitan KSP melalui portal rasmi atau kenyataan media yang dikeluarkan SPR bagi memastikan laporan yang disampaikan adalah sahih dan tepat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.