fb fb fb fb fb

SPM 40 tahun, 'turun padang' ke 40 lokasi seluruh negara

Pengacara SPM, Munawir Azmie dan Raja Suefia Raja Arif

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Setelah empat dekad menemani pagi rakyat Malaysia dengan pelbagai pengisian penuh informasi, tahun ini satu-satunya program temu bual yang kekal bersiaran sehingga kini, Selamat Pagi Malaysia (SPM) ‘turun padang’ ke 40 lokasi terpilih di seluruh negara.

Porgram jelajah itu diadakah sempena meraikan ulang tahun ke-40, selain untuk mendekatkan program kepada seluruh rakyat Malaysia, juga sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia RTM.

"Bermula Februari 2024, aktiviti ‘turun padang’ mendekati masyarakat diadakan pada 3 dan 4 Februari ini. SPM bersiaran di lokasi luar pertama yang dipilih iaitu di Dataran Sayangi Kuantan/Padang MBK sempena Karnival Rakyat Pahang," menurut kenyataan Seksyen Perhubungan Media dan Publisiti Bahagian Perhubungan Awam RTM.

Pada bulan sama, program diteruskan bersempena Hari Radio Sedunia; SPM pada 13 Februari depan bakal bersiaran di Taman Negara, Tanjung Piai, Johor, diikuti pada 22 dan 23 Februari SPM akan bersiaran dari lokasi Kompleks Karftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur sempena maraikan sambutan Hari Kraf Kebangsaan bertujuan menyuntik kesedaran dan kecintaan masyarakat serta menambah pengetahuan terhadap produk kraf.

Lokasi terakhir pada bulan Februari ini SPM akan berada di Stadium Tertutup Kuala Selangor, dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Februari bersempena siri program Jelajah Madani untuk tahun ini di Selangor.

Siaran SPM mula diterbitkan pada tahun 1984 dan sehingga kini, masih kekal bertahan menunjukkan program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu mempunyai peminat tersendiri.

Antara faktor menyumbang kepada kejayaan program ini bertahan lama adalah SPM memaparkan aktiviti menarik rakyat Malaysia dari hari ke hari sepanjang tahun selain paparan keunikan dan kepelbagaian aktiviti seni serta budaya negara ecara konsisten.

SPM juga berjaya meneruskan kejayaan menggilap legasi-legasi penerbit, dan pengacara yang pernah berada dalam SPM sehinggalah ke hari ini.

Selain jelajah ke 40 lokasi terpilih, kru penerbitan SPM akan berusaha memperkukuhkan segmen-segmen yang menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE