fb fb fb fb fb

Kereta mewah hangus terbakar di Petaling Jaya

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

PETALING JAYA, 1 Februari- Sebuah kereta mewah terbakar di Kampung Kayu Ara, Jalan Jenjarom, sini, Selangor, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 8.46 malam.

Anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Damansara yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Shamzul Othman telah hadir ke lokasi kejadian bersama jentera sejurus menerima panggilan berkenaan.

"Kebakaran itu melibatkan sebuah kereta jenis Porsche (yang) memusnahkan keseluruhan kereta tersebut 100 peratus.

"Dua buah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan berhampiran kereta yang terbakar itu turut mengalami kerosakan akibat terkena bahangan," katanya dalam kenyataan.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.53 malam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

SITI AISHAH BINTI MD ISA