fb fb fb fb fb

Spesies periuk kera dinamakan Nepenthes X - Sultan Ibrahimii sempena KMJ 2023

(Spesies periuk kera Nepenthes X - Sultan Ibrahimii)

MUAR, 7 Ogos- Satu spesies periuk kera dinamakan Nehenthes X - Sultan Ibrahimii sebagai simbolik kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Kembara Mahkota Johor 2023.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, ia merupakan spesies baharu yang terdapat di Taman Negeri Hutan Ayer Hitam Utara, Muar. 

Spesis itu nanti akan dipelihara sepenuhnya bagi meningkatkan populasi tumbuhan itu sekali gus menjadi tarikan terbaharu eko pelancongan di situ.

"Berdasarkan imej atau warna periuk itu agak merah dan cantik kita cadangkan diberi nama baharu dan saya bawa menghadap Ke Bawah Duli Tuanku untuk dapatkan pandangan perkenan kita cadangkan nama dan Alhamdulillah Tuanku berkenan nama baharu,"katanya.

Di lokasi sama pada hari ketiga Kembara Mahkota Johor 2023 hari ini,  lebih 2,000 ekor ikan betta dilepaskan untuk dibiakkan dan dipelihara.

Kira-kira 3,000 penduduk setempat hadir memeriahkan hari ketiga KMJ 2023.


(Kemeriahan KMJ 2023 di Muar)

Media Baharu