fb fb fb fb fb

Spektrum 5G diagih sepenuhnya kepada Digital Nasional Berhad (DNB)

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Semua spektrum 5G yang dikenal pasti telah diagihkan sepenuhnya kepada Digital Nasional Berhad (DNB) bagi penyediaan perkhidmatan 5G di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Pihak DNB juga sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan pembangunan rangkaian 5G berjalan lancar.


(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)

Pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G di negeri Sarawak telah bermula pada suku kedua tahun 2022.

"Untuk tahun 2022, sebanyak 339 tapak 5G dirancang dibangunkan iaitu 227 tapak di daerah Kuching dan 112 tapak di daerah Miri. Sehingga 11 Julai 2022, sebanyak 17 tapak telah siap dibangunkan, semuanya di daerah Kuching," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.

Media Baharu