fb fb fb fb fb

Lapan lesen agensi pelancongan berdaftar dibatalkan

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen lapan syarikat berdaftar yang melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

Manakala satu lagi syarikat berdepan penggantungan lesen kerana disyaki terlibat kes penipuan visa furada baru-baru ini.


(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri)

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji bagi menggerakkan langkah penguasaan secara proaktif bagi mengelakkan kes penipuan haji berlaku.

"Kita ada peruntukan di bawah sek 5(2), kalau perniagaan tanpa lesen, kalau kesalahan undang-undang dibawah MOTAC mereka yang berdaftar kesalahan kena dibuktikan perusahaan pelancongan berlesan itu ikut cara yang memudaratkan orang awam dan sektor ekonomi pelancongan, tadi dari segi statistik, kita sudah ambil tindakan bagi mereka yang langgar peraturan di bawah akta industri pelancongan 1992 akta 482," katanya.

Pengguna turut dinasihatkan berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji.

Perjelasan itu bagi menjawap soalan tambahan wakil Bukit Bintang, Fong Kui Lun dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi.

Media Baharu