fb fb fb fb fb

Speaker Dewan Rakyat tuntut kepercayaan Ahli Parlimen

 

KUALA LUMPUR, 19 Disember- “Satu penghormatan yang tinggi dan merupakan amanah besar kepada negara”.

Demikian reaksi, Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu Datuk Johari Abdul dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan, hari ini.

Beliau turut berpesan agar ahli Dewan Rakyat menjadikan parlimen sebagai platform untuk membina pendapat bernas seterusnya menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama berbanding matlamat politik dan peribadi.

"Seperti yang diketahui umum, kerusi Yang Dipertua Dewan merupakan simbolik kepada kuasa dan bidang tugas Yang Dipertua pula mengawal selia mesyuarat serta memastikan kelancaran, mesyuarat dengan pematuhan peraturan oleh Ahli Dewan Rakyat seperti dengan jelas termaktub dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Justeru, saya memohon semua Ahli Dewan Rakyat menghormati kerusi Yang Dipertua ini dengan memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bukan atas dasar kapasiti peribadi tetapi sebagai individu yang dipilih menduduki kerusi ini dan diberi tanggungjawab dalam segala prosiding serta urusan dalam dewan yang mulia ini," katanya.


(Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul)

Berita berkaitan
Johari Abdul dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu

Media Baharu