fb fb fb fb fb

ADUN PH Melaka dibenar guna JAPERUN

(FOTO HIASAN)

AYER KEROH, 19 Disember- Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di Melaka diberi kebenaran menggunakan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun atau JAPERUN di kawasan masing-masing, bermula tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mereka juga dikehendaki menggunakan khidmat kakitangan sedia ada di JAPERUN berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih menunggu lampu hijau dan isyarat daripada kerajaan persekutuan untuk semangat kerajaan perpaduan diterjemah di Melaka.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas perhimpunan bulan dan majlis pencapaian setahun pentadbiran kerajaan negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Media Baharu