fb fb fb fb fb

Sotong ring tidak halal, JAKIM hubungi pihak berkuasa halal China

PUTRAJAYA, 11 Mac- Susulan tular isu status halal 'sotong ring', JAKIM telah menghubungi badan pensijilan halal di China iaitu Shandong Halal Certification Services (SHCS) bagi mendapatkan pengesahan berhubung sijil halal produk berkenaan.

Sampel ‘sotong ring’ yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi telah dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis dan pengesahan.


(Kenyataan media dikeluarkan JPM (Hal Ehwal Agama berhubung isu tular 'Sotong Ring'/FBJAKIM)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan perbincangan antara pihak JAKIM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan tiga Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) iaitu Selangor, Kedah dan Perlis telah diadakan bagi menyiasat isu ini.

"Hasil siasatan akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkaitan setelah keputusan analisis makmal dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia," kata Idris Ahmad dalam kenyataan itu.

"Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan oleh mana-mana pihak kepada peraturan yang telah ditetapkan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengambil tindakan tegas untuk menjaga kemaslahatan masyarakat," tambahnya.

Media Baharu