fb fb fb fb fb

SOP terkini aktiviti Selam Skuba, Island Hoping Mersing berkuat kuasa 1 Ogos

(Semua pihak diharap dapat mengikuti SOP terkini yang digariskan)

MERSING, 29 Julai- Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing (JKKD) menggariskan SOP terkini bagi aktiviti Selam Skuba dan 'Island Hoping' di Mersing, Johor, berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Penyediaan SOP tersebut melibatkan kerjasama Majlis Daerah Mersing bersama agensi kerajaan yang berkaitan.

Demikian menurut Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali dalam satu kenyataan media.

Bagi aktiviti selam skuba, individu terlibat pengoperasian aktiviti perlu memegang lesen Dive Master atau yang setaraf dengannya.

Operator selam skuba pula perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemegang lesen dive master, dengan pengalaman satu kali selaman di setiap lokasi menyelam dibenarkan.

Operator juga perlu menyediakan rekod penyelenggaraan peralatan serta mendaftar semua pekerja Dive Pro kepada Majlis Daerah Mersing.

Selain perlu melepaskan buoya penanda permukaan sebelum naik ke permukaan air bagi tujuan keselamatan.

Bagi aktiviti Jelajah Pulau pula, operator bot perlu berdaftar, dan menjalankan ujian urin semasa pembaharuan lesen Bot Jabatan Laut.

Setiap bot juga diwajibkan mempunyai penyelamat atau pembantu, dengan kelengkapan penyelamat lengkap, serta sijil dan lesen penyelamat diiktiraf.

Operator dan pengusaha bot juga bertanggungjawab, menyediakan tong sampah, dan membawa pulang sampah ke darat untuk dilupus dan dikitar semula.

(FOTO BERNAMA)

Sehubungan itu, Mohammed Shakib berharap semua pihak dapat mengikuti SOP yang digariskan.

"Semua pengusaha resort dan chalet, pengusaha bot pelancongan dan pengusaha bot island hoping perlu mengikut peraturan SOP Selam Skuba dan 'Island Hoping' yang telah ditetapkan dan mendaftar dengan 'Mersing Tourism Operator Sisitem (MeTOS) yang dikendalikan Majlis Daerah Mersing," katanya.

Media Baharu