fb fb fb fb fb

Sebuah lori kargo am disita JPJ Perlis atas pelbagai kesalahan

KANGAR, 29 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis berjaya menyita sebuah lori kargo am yang menggunakan nombor pendaftaran palsu di Kilometer 5, Jalan Raja Muda, Kangar.

Kesalahan itu dikesan oleh sepasukan unit operasi yang menjalankan Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di sekitar ibu negeri.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata selain kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu, pemandu lori tersebut turut disaman bagi kesalahan mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan lain, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada disk pemeriksaan PUSPAKOM dan pamer disk pemeriksaan PUSPAKOM palsu.

Selain pemandu lori, pemilik kenderaan itu turut dikenakan tindakan saman bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan kesalahan berkaitan LKM serta kesalahan tiada disk pemeriksaan PUSPAKOM.


(Foto Ihsan JPJ Perlis)

Media Baharu