fb fb fb fb fb

JAPEN Labuan giat sebar dasar kerajaan kepada masyarakat

LABUAN, 29 Julai- Jabatan Penerangan (JAPEN) Labuan giat menyebar luas mengenai peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi kepada semua peringkat umur melibatkan pelajar sekolah dan golongan dewasa.

Penolong Pengarah JAPEN Labuan, Abdul Aziz Mohd Salleh berkata pihaknya melaksanakan maklumat berterusan melalui tiga pendekatan iaitu menerusi hebahan unit bergerak, 'Info On Wheels' (IOW), bahan cetakan dan infografik dan menerusi pempengaruh di bawah program, Setagal Bersama JAPEN.

Inisiatif itu diambil bagi memastikan maklumat terkini serta pemahaman masyarakat terhadap usaha kerajaan bagi membantu menangani krisis bekalan di negara ini dapat dicapai.

"Setakat ini, kita menerima pandangan dan persepsi yang positif sepanjang pelaksanaan IOW sejak pertama kali kita laksanakan ketika PKP pertama dahulu. Banyak komen yang kita dapat mengenai usaha ini, ini adalah salah satu medium terbaik untuk masa kini bagi kita menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara terus kepada akar umbi khususnya masyarakat di Labuan," kata Abdul Aziz ditemui pemberita ketika membuat hebahan menerusi IOW di Kampung Patau-Patau Satu.

Di peringkat akar umbi yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Labuan juga kini telah ditubuhkan sebanyak 10 kelab iaitu ‘Kelab Malaysiaku’ yang juga berperanan dalam menyebarkan segala isu serta dasar-dasar kerajaan dari semasa ke semasa.


(Penolong Pengarah JAPEN Labuan, Abdul Aziz Mohd Salleh berkata demikian kepada pemberita RTM
ketika turun padang menyertai program hebahan IOW)

 

Media Baharu