KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Sokongan bersyarat terhadap pelan damai Gaza jelas membuktikan Malaysia kekal dengan prinsip dan pendirian.
Perkara itu diakui Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM), Dr. Tawfik Yaakub.
Menurut beliau, sokongan bersyarat menunjukkan kebijaksanaan Malaysia dalam memastikan sebarang perjanjian damai benar-benar menjamin keamanan jangka panjang.
Ini termasuk melindungi hak rakyat Palestin.
“Malaysia mempunyai prinsip dan pendirian yang tegas menegusi sokongan bersyarat bagi memastikan pecatan senjata yang kekal.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berpengalaman dan begitu lama membela perjuangan rakyat Palestin, sekali gus mampu menilai keperluan dan sejauh mana intipati perjanjian yang paling tepat.
"Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menentukan hala tujuh sokongan, nasib dan masa depan rakyat Palestin yang lebih realistik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada RTM.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Dewan Rakyat menjelaskan, Malaysia hanya memberi sokongan bersyarat terhadap rundingan damai yang dianjurkan di Mesir kerana beberapa perkara penting.
Ini termasuk gesaan supaya Israel menghentikan serangan ke atas Gaza tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut.