fb fb fb fb fb

Sokong pembebasan Al-Quds, Tabung Musa'adah salur RM500,000 kepada Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia

PUTRAJAYA, 6 Mac- Sebagai tanda solidariti, kerajaan melalui Tabung Musa'adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Yayasan Waqaf Malaysia memperuntukkan RM500,000 kepada Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad selain itu, bagi sokongan berterusan rakyat Malaysia dalam perjuangan Al-Quds, JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi sekretariat bersama AID4Palestin (Aid For Palestin).

"Usaha membebaskan Al-Quds bukan saja tanggungjawab palestin dan bangsa Arab semata mata tetapi ia merupakan tanggung jawab seluruh umat Islam. Ia menjadi kewajipan setiap kita untuk meyumbang terhadap apa jua cara untuk membeaskan Al-Quds dan masjid Al -Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh yahudi Zionis," beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Kemuncak Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia di sini, hari ini.

"Bagi membangkitkan kefahaman itu, sambutan Minggu Al-Quds dianjurkan bagi mencetuskan gelombang kesedaran secara berterusan perjuangan nafas panjang Baitulmaqdis dan rakyat Palestin," tambahnya.


(SUMBER FB MENTERI)

Beliau mahu program ini diadakan secara tahunan demi mempertingkat kefahaman umat Islam khususnya realiti dan isu sebenar yang berlaku di Palestin.

Media Baharu