fb fb fb fb fb

KKM luluskan Vaksin Corona Vac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Penggunaan vaksin Corona Vac untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun diluluskan.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia merupakan vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak.

Ini berikutan kes jangkitan COVID-19 dikalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun menunjukkan peningkatan yang ketara.

"Seramai Satu ratus, 23,053 orang disahkan positif virus itu sejak Januari 2022 sehingga kini dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU),

"Selain vaksin Comirnaty (Pfizer- BioNTech), ibu bapa kini diberi pilihan memberikan vaksin CoronaVac kepada anak mereka," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

(Gambar Fail)

Jelasnya lagi, Vaksin CoronaVac hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia 5 tahun pada tarikh lahir.

Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, 2 dos vaksin CoronaVac akan diberikan dengan selang masa 4 minggu kepada kanak-kanak tersebut.

Kementerian Kesihatan akan mula menawarkan vaksin CoronaVac di Pusat Pemberian Vaksin yang terpilih secara percuma bermula 7 Mac ini.

Media Baharu