fb fb fb fb fb

Kursus di Politeknik, Kolej Komuniti perlu ambil kira kehendak komuniti setempat

PONTIAN, 6 Mac - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) perlu mempergiatkan program yang mendekatkan belia dan komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan kursus ditawarkan memenuhi keperluan dan kehendak komuniti setempat.

(Ismail Sabri berucap merasmikan Kolej Komuniti Satelit @ Pontian hari ini)

Selaras itu, beliau mahu JPPKK secara berterusan mengadakan libat urus bersama pemimpin masyarakat.

"Daripada situ barulah kita boleh rangka dan laksanakan program pembangunan komuniti yang bersesuaian. JPPKK hendaklah secara komprehensif mempromosikan tentang manfaat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

"Seboleh-bolehnya, kita mahu supaya persepsi yang mengatakan TVET ialah pendidikan kelas kedua dan tidak relevan dapat dihapuskan terus," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Kolej Komuniti Satelit @ Pontian di Kompleks Muafakat Sungai Linggan, Benut, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap pembinaan kolej komuniti di kawasan tersebut dapat memberikan peluang pekerjaan yang tinggi kepada komuniti setempat.

Media Baharu