fb fb fb fb fb

Karnival Kerjaya Jamin Kerja tawar 18,000 peluang pekerjaan

(Ismail Sabri merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pontian)

PONTIAN, 6 Mac - Kira-kira 18,000 peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Johor.

Karnival itu bermula di Johor Bahru pada Khamis diikuti Mersing, semalam dan berakhir di Pontian, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata karnival di ketiga-ketiga lokasi itu menerima sambutan menggalakkan daripada golongan pencari kerja serta pihak majikan.

(Saravanan ketika ditemubual di Pontian hari ini)

Sebanyak 5,600 peluang pekerjaan ditawarkan di Johor Bahru. Manakala 6,077 dan 6,092 peluang pekerjaan masing-masing ditawarkan di Mersing dan Pontian.

"Kita lihat berbanding tahun lepas jumlah yang hilang pekerjaan lebih 1,000 manakala setakat hari ini cuma 400 lebih. Ini menunjukkan majikan sudah mula penerima pekerja dan situasi tersebut cukup baik," katanya.

Beliau ditemui pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Johor, di sini hari ini. Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara perkhidmatan pekerjaan yang ditawarkan kepada pencari kerja ialah bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Negara-MYFutureJobs, sesi kaunseling kerjaya, bantuan penyediaan resume dan sesi temu duga secara terbuka bersama majikan.

Media Baharu