fb fb fb fb fb

Program WeCare: Lebih 7,500 wanita di Johor bakal terima manfaat

SEGAMAT, 6 Mac - Lebih 7,500 wanita di Johor bakal menerima manfaat menerusi Program WeCaRe (Women Cancer Reproductive) anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata program itu menyediakan perkhidmatan saringan awal secara percuma bagi mengesan kanser payudara dan kanser serviks.

Usaha proaktif bagi membantu kesejahteraan wanita dan Keluarga Malaysia itu akan dibuat berterusan.

"Kanser adalah pembunuh senyap jadi perlu untuk kita berikan kesedaran kepada mereka membuat saringan lebih awal. Menerusinya, pengesanan awal dapat dilakukan dan Insya-Allah dapat membantu mereka kerana ada yang bila saringan dibuat sudah terlampau lewat, justeru kesedaran itu penting," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tautan Kasih Sihat Ceria LPPKN @ KPWKM, di sini hari ini.

(Rina pada Program Tautan Kasih Sihat Ceria LPPKN @ KPWKM di Gegamat)

Pada majlis ini, Rina turut menyampaikan Kit Dana KASIH kepada 10 keluarga yang baharu menimang cahaya mata.

Selain menyampaikan Surat Kelulusan Bantuan Baharu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Kewangan Keusahawanan PEMERKASA kepada empat Pusat Aktiviti Warga Emas di Johor, dengan peruntukkan RM60,000.

Media Baharu