MUAR, 6 Mac- Setakat 1 Mac yang lalu sebanyak 1,712 komuniti Keluarga Malaysia telah dilantik di beberapa negeri di seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun terdapat beberapa negeri yang belum melancarkan program itu.
Justeru beliau berharap agar kesemua negeri dapat melaksanakan lantikan itu segera sebelum April ini.
Katanya, negara kini sedang menuju fasa endemik, justeru beliau yakin pelantikan berkenaan dapat membantu negara ke arah fasa tersebut.
(SUMBER FB MENTERI)
"Kita ada 161 DUN kali dengan tiga, ada 1,800 lebih lah semua sekali komuniti Keluarga Malaysia jadi 90 peratus dah terbentuk tapi belum dilancarkan secara rasmi di beberapa negeri."
"Kita akan segerakan sebelum bulan Ramadan, kita nak semua komuniti keluarga Malaysia ini siap dilantik kerana mereka ada peranan yang penting terutama sekali untuk turut memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk masuk fasa transisi endemik yang akan bermula tak berapa lama lagi," kata Annuar ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Negeri Johor (ZON UTARA) di sini.
Seramai 48 orang ketua atau wakil komuniti di zon utara Johor menerima watikah pelantikan itu.