KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Pertandingan fotografi Sultan Mizan Underwater Photography (SMUPA) yang kian mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa, bakal membuka penyertaan kepada peserta antarabangsa mulai edisi seterusnya tahun hadapan.
Juri pertandingan itu Datuk Razali Idris berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti maklum balas positif daripada pemain industri pelancongan tempatan serta pelancong luar negara yang mengikuti perkembangan pertandingan tersebut sejak penganjuran edisi pertama, dua tahun lalu.
"Saya sendiri turun ke bawah laut, apa yamg berlaku di bawa sana. Ramai jurugambar terlibat mengatakan Pulau Tenggol pulau yang cantik, dan saya amat banggalah," katanya kepada pemberita.
Bagi edisi kedua penganjuran kali ini, lima kategori dipertandingkan termasuk kategori filem pendek yang baru diperkenalkan.
Bagi kategori utama Azzudin Abdul Aziz diumumkan sebagai pemenang membawa pulang wang tunai RM 5,000.00, berserta hadiah iringan berupa pakej penginapan dan menyelam di pulau-pulau dalam, di Terengganu.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sendiri hadiah kepada setiap pemenang-pemenang bagi edisi ke-3 penganjuran kali ini.