fb fb fb fb fb

Pasangan warga emas maut dalam nahas di Batu Pahat

Foto IPD BATU PAHAT

BATU PAHAT, 25 Mei-Sepasang suami isteri warga emas maut dalam nahas jalan raya di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa yang maut ialah Mazalan Balia, 69, dan isterinya, Pauziyah Radin Ahmad, 75.
 
"Kemalangan berlaku ketika sebuah lori sedang berhenti di lampu isyarat. Kereta dinaiki kedua-dua mangsa kemudian dilaporkan melanggar bahagian belakang lori berkenaan.
 
"Mazalan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.00 tengah hari manakala isterinya kira-kira dua jam kemudian. Kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM