fb fb fb fb fb

SMS ada URL disekat mulai 2 Julai - Fahmi

(Foto FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terkandung pautan pelokasi sumber seragam (URL) akan disekat mulai 2 Julai ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diambil sebagai salah satu cara untuk mencegah penipuan atas talian.

Jelas Fahmi dalam kenyataan di laman sosial, beliau dan kementeriannya akan menjadikan keselamatan siber sebagai teras utama.

April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (TELCO) untuk melarang sebarang kandungan URL dalam SMS.

Arahan itu bertujuan mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa scam atau penipuan dalam talian.

(Foto FB Fahmi Fadzil)

Media Baharu